• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ucap Takziah Keluarga Allahyarham Datuk Yaakob Mohammad

oleh Ahmad Albab
08/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Setiausaha Kerja UMNO dan Barisan Nasional (BN) Datuk Yaakob Mohammad yang meninggal dunia awal pagi ini.

“Takziah kepada keluarga Datuk Yaakob Mohammad, bekas Setiausaha Kerja UMNO dan BN di atas pemergiannya pagi tadi. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat sentiasa,” tulis Najib menerusi akaun Twitternya.

Yaakob, 67, meninggal dunia pada kira-kira 2 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Damansara, di sini akibat komplikasi paru-paru.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada kira-kira 10.30 pagi ini, selepas disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Bagi tempoh 1991 hingga 1997, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerja BN, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Setar dan Ketua Biro Kebajikan dan Kemiskinan UMNO Alor Setar, selain menjawat jawatan Setiausaha Kerja UMNO bermula 1988.

Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja BN bermula 1991 hingga September 2009 dan dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 2002. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]v0ADotiTvUk[/wpdevart_youtube]

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

28/07/2026
0

ALAM - "Semalam (kelmarin) dia 'claim credit' 'seolah-olah dia seorang sahaja yang telah mengembalikan F1" Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa Pemuda...

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

28/07/2026
0

SEREMBAN - Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Sembilan pada tahun 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd