• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benteng Pemecah Ombak Perlu Dibina Elak Rumah Penduduk Rosak

oleh Ahmad Albab
08/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Benteng pemecah ombak perlu dibina di sepanjang pantai Pulau Kundur di sini, bagi mengelak kejadian fenomena air pasang besar yang sering kali mengakibatkan rumah penduduk rosak.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa Zarina Md Eusope berkata beliau akan merujuk perkara itu kepada pihak bertanggungjawab bagi memastikan nasib penduduk di kawasan berkenaan terbela.

“Ini kali kedua penduduk Pulau Kundur berhadapan fenomena air pasang besar tahun ini…kali pertama pada bulan lepas mengakibatkan beberapa buah rumah rosak dimasuki air serta pasir.

“Walaupun kami baiki rumah yang rosak itu, ia hanya penyelesaian sementara, maka benteng pemecah ombak perlu dibina bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan makanan kepada 73 penduduk
daripada 16 keluarga yang terjejas banjir di sini, hari ini.

Mangsa Mohd Azmi Ramli, 35, berkata fenomena air pasang besar pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, namun tidak seteruk kali ini hingga menyebabkan rumahnya dipenuhi pasir dibawa arus deras ekoran ombak membadai pesisir pantai.

“Saya tinggal di kampung ini kira-kira 15 tahun lepas. Dahulu pantai jauh dari rumah, kini jaraknya hanya kira-kira tiga meter dari rumah kerana hakisan pantai.

“Dahulu pernah berlaku kejadian ombak besar, namun kali ini semakin teruk kerana rumah saya dimasuki pasir yang dibawa ombak. Kejadian pertama yang berlaku bulan lepas tidak seteruk ini,” katanya.

Mohd Azmi yang bekerja sebagai nelayan pesisir pantai berkata beliau akan tinggal di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Kundur bersama isteri dan empat anaknya sehingga dibenarkan pulang.

Seorang lagi mangsa, Wan Syahira Wan Ibrahim, 24, berkata beliau bersama tujuh anggota keluarganya berpindah ke pusat pemindahan itu pada 10 malam tadi apabila rumah mereka dimasuki air laut.

“Rumah saya bertiang kayu rosak kerana dibadai ombak akibat air pasang besar yang bermula 6 petang semalam. Dahulu penduduk ada buat benteng menggunakan pasir untuk elak air laut masuk ke kawasan kampung, namun benteng berkenaan musnah kerana hakisan pantai yang semakin teruk,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Mc34X5r09_Y[/wpdevart_youtube]

Tags: ombak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

06/05/2023
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua serta ribut...

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

16/07/2022
0

MUSCAT, OMAN – Percutian sebuah keluarga dari India di pantai Oman bertukar tragedi apabila lapan daripada mereka dihanyutkan ombak besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd