• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Layar Dihanyut Ombak Kuat Di Butterworth

oleh Ahmad Albab
08/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sebuah kapal layar yang dinaiki dua individu dihanyut ombak kuat di perairan berhampiran Perai di sini, Ahad malam.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Pegawai Bomba Khairul Anuar Kamaruddin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.07 malam.

“Sebaik anggota bomba tiba pantai berkenaan, bapa kepada seorang daripada mereka memberitahu anaknya Mohd Hasnul Jasni, 31, dan rakannya Mohd Shamzul Zaki, 33, dihanyutkan arus laut ketika sedang belayar di perairan di situ.

“Mereka dikatakan masih berada di atas kapal dan tidak dapat mendayung kerana perlatan mendayung mengalami masalah,” katanya.

Beliau berkata pihak bomba yang turut menjalankan operasi mencari dan menyelamat kemudiannya dimaklumkan kedua-dua mereka telah ditemui bot pihak Penang Port Sdn Bhd.

Khairul Anuar berkata kedua-dua individu berkenaan ditemui selamat pada 10 pukul malam tadi sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Sementara itu Mohd Shamzul berkata beliau dan Mohd Hasnul memang selalu belayar di kawasan itu namun semalam mereka kurang bernasib baik kerana keadaan ombak yang kuat.

“Kami belayar mulai pukul 6.30 petang semalam di kawasan laut di Pantai Bersih sebelum berlaku ombak besar dan angin kuat pada pukul 8.30 malam sehingga menyebabkan bot kami hanyut.

“Dalam masa yang sama kami cuba menggunakan peralatan mendayung tapi ia tidak berfungsi sebelum rakan saya Hasnul menelefon ayahnya meminta bantuan,” katanya.

Beliau berkata mereka hanyut lebih sejam setengah dalam kegelapan malam sebelum ternampak cahaya sebuah bot lalu mereka menjerit dan melambai meminta pertolongan kepada pihak yang mengendali bot itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]cpvfMGWuJ_U[/wpdevart_youtube]

Tags: ombak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

06/05/2023
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua serta ribut...

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

16/07/2022
0

MUSCAT, OMAN – Percutian sebuah keluarga dari India di pantai Oman bertukar tragedi apabila lapan daripada mereka dihanyutkan ombak besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd