• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Melaka, Jumlah Mangsa Terus Meningkat Tengah Hari

oleh Ahmad Albab
09/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan banjir di Melaka meningkat kepada 3,092 orang daripada 670 keluarga sehingga 12 tengah hari ini, berbanding 2,659 orang daripada 587 keluarga pada 8 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata daerah Melaka Tengah mencatatkan bilangan mangsa banjir paling banyak iaitu 1,530 orang di tiga pusat pemindahan diikuti Alor Gajah sebanyak 1,480 orang di tujuh pusat pemindahan dan Jasin sebanyak 82 orang di tiga pusat pemindahan.

TERDAHULU: 2,659 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Melaka Pagi Ini

Ketika dihubungi Bernama, katanya di daerah Melaka Tengah sebanyak 1,024 orang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Sekolah Kebangsaan Kerubong (388 orang) Dan Masjidul Rahman Tanah Merah Kerubong (118 orang).

“Bagi daerah Alor Gajah pula, sebanyak 552 orang mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Balai Raya Taman Seri Bayu (499 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan (309 orang), Sekolah Kebangsaan Ganun (60 orang), Balai Raya Kampung Beringin (34 orang), Balai Raya Bukit Balai (18 orang) dan dan Balai Raya Bukit Tambun (8 orang).

“Di Jasin, sebanyak 55 mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh, Sekolah Kebangsaan Chohong (24 orang) dan Balai Raya Asahan (tiga orang)”.

Beliau berkata bantuan kepada mangsa banjir sedang diagihkan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]DkFQjYQpcl4[/wpdevart_youtube]

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd