• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedih, Rupanya Harimau Mati Dirempuh Di LPT2 Bunting

oleh AK-47
10/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

INSIDEN tragis seekor harimau belang betina yang mati selepas dilanggar dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) telah menjadi viral di media sosial.

Dalam kejadian pada 6 Februari kira-kira jam 1 pagi itu, harimau terbabit dipercayai maut selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu dari arah Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu ketika cuba melintas lebuh raya berkenaan.

Berkaitan: Harimau Yang Dilanggar Bukan Terlepas Dari Zoo Berdekatan

rimo2

rimo6

Menurut pemandu MPV terbabit, Syahrin Abdul Aziz, 43, kejadian berlaku terlalu pantas dan dia hanya menyedari kelibat harimau tersebut ketika ianya sudah berada terlalu hampir dengan keretanya.

“Laluan itu memang gelap, memang tiada kenderaan lain selain saya… tiba-tiba dalam jarak lima meter baru saya nampak harimau itu, saya hanya sempat menjerit ‘harimau’ tetapi apakan daya saya tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak daripada harimau itu dilanggar,” katanya.

Selepas pelanggaran itu, dia memberhentikan kereta jenis Hyundai Starex yang dipandunya untuk melihat keadaan harimau berkenaan.

rimo3
Kenderaan MPV yang remuk di bahagian depan setelah melanggar harimau di LPT2.

“Saya berhenti agak jauh dari tempat kejadian, sebab takut-takut ada harimau lain yang datang… selang lima minit kemudian ada kereta berhenti dekat saya, tanya apa berlaku, lepas itu dia minta dekat saya hendak ambil harimau itu saya cakap tidak boleh.

“Selepas itu, dalam 20 minit kemudian ada Peronda LPT datang lalu ambil harimau itu. Kemudian polis pula datang selepas itu saya maklumkan bahawa harimau itu telah diambil oleh Peronda LPT,” katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian.

Apa yang agak ‘menyayat hati’, bedah siasat mendapati harimau berkenaan sedang bunting dua ekor anak. Difahamkan, harimau spesis itu hanya tinggal sekitar 11 ekor sahaja di Semenanjung  Malaysia.

rimo4

rimo5

Polis mengesahkan kejadian itu dan berkata, empat penumpang dalam kenderaan terlibat termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bangkai harimau belang berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: harimaukemalangan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd