• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas Di Lautan Hindi Mudahkan Operasi Cari MH370

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cuaca panas yang sedang berlaku di selatan Lautan Hindi pada masa ini akan membolehkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dilakukan dengan lebih selamat dan cepat.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keadaan laut yang tidak berombak besar berbanding keadaan pada waktu lain akan membantu kapal-kapal yang sedang beroperasi di lautan itu memperluas operasi pencarian.

“Kami yakin misi pencarian yang kami lakukan sekarang di Lautan Hindi Selatan adalah tepat tempatnya dan mempunyai keyakinan yang tinggi pesawat MH370 akan ditemui.

“Pencarian MH370 ini merupakan misi utama Kementerian Pengangkutan dan kami laksanakan misi pencarian ini bersama Australia dan China,” katanya pada sidang akhbar selepas mengedarkan bungkusan cenderahati sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) di sini hari ini.

Liow berkata Malaysia bersama dua negara tersebut sememangnya komited dengan misi itu untuk segera menemui pesawat malang yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac 2014 lalu.

Liow berkata pada masa ini empat buah kapal terlibat dalam misi pencarian itu termasuk kapal dari China yang baru memulakan operasinya pada 1 Feb lalu.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac 2014.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata kementeriannya menerusi Malaysia Airport Holdings Bhd akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mengawasi pintu-pintu masuk ke negara ini di semua lapangan terbang bagi mengekang kemasukan penumpang yang membawa virus Zika.

Katanya tumpuan akan diberikan kepada pelancong atau rakyat negara ini yang baru pulang dari negara punca wabak itu seperti Brazil dan negara lain di Latin Amerika. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]PQSgMyANBVM[/wpdevart_youtube]

Tags: Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd