• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyBeras: Dianggarkan 20,000 Keluarga Miskin Di Kelantan Layak

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dianggarkan 20,000 keluarga miskin di Kelantan akan menerima bantuan 20 kilogram beras setiap keluarga sebulan melalui program MyBeras.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata JPP sebagai agensi pelaksana program tersebut, kini sedang menunggu arahan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk pengagihan beras tersebut.

Penerima yang terpilih untuk menerima beras di bawah program MyBeras terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam eKasih iaitu Bank Data Kemiskinan Nasional bagi negeri Kelantan, katanya kepada Bernama di sini.

Makhtar berkata bagi memudahkan pengagihan beras kepada peserta, pihaknya mencadangkan menggunakan khidmat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negeri ini.

Program MyBeras diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari.

Dalam perutusan khasnya itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan MyBeras sehingga Disember 2016 bertujuan mengurangkan beban hidup keluarga miskin susulan kenaikan kos sara hidup.

Dalam pada itu, beberapa peserta yang tersenarai dalam eKasih Kelantan, menyambut baik bantuan beras tersebut yang boleh meringankan beban perbelanjaan harian mereka.

Seorang peniaga murtabak, Kamaruzaman Mat, 57, dari Kampung Salor di sini, berkata program yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan itu akan membantunya mengurangkan RM50 sebulan bagi kos penyediaan makanan asas kepada keluarganya.

“Jika sebelum ini dengan pendapatan saya RM1,000 sebulan, saya perlu menyediakan 70 kilogram beras sebulan bagi 10 orang isi rumah,” katanya.

Yusoff Isa, 65, dari Kampung Dangar, Pasir Mas berharap wang yang digunakan untuk membeli beras sebelum ini dapat beliau gunakan untuk membayar tanggungan lain.

Katanya, program bantuan beras itu dapat mengurangkan bebannya yang mempunyai pendapatan kira-kira RM700 sebulan, yang bekerja mengambil upah daripada penduduk kampung.

Seorang ibu tunggal Hazimah Daud, 74, juga dari Kampung Dangar berkata bantuan itu akan dapat meringankan beban perbelanjaan keluarganya.

“Dalam sebulan, saya memerlukan beras 15 kilogram untuk menampung lima beranak, dengan wang yang digunakan untuk membeli beras sebelum ini dapat saya belanjakan untuk keperluan lain,” katanya.

Seorang ibu tunggal Siti Mariam Mohd Noor, 55, dari Kampung Telaga Gayong, Pasir Puteh berkata pemberian beras itu kelak dapat menjimatkannya RM30 sebulan wang peruntukan untuk membeli beras.

Beliau yang menerima bantuan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh sebanyak RM300 sebulan, berkata ia sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaannya untuk menyara empat orang anak yang masih bersekolah.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]KW63LbG-Dac[/wpdevart_youtube]

Tags: MyBeras
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangguh MyBeras Elak Isi Rumah Layak Tercicir – Tajuddin

02/06/2016
0

KUALA KANGSAR - Penangguhan program MyBeras yang sepatutnya bermula semalam (1 Jun) bertujuan memastikan tiada isi rumah yang layak tercicir...

Pelaksanaan Program MyBeras Ditangguh – KSU Kementerian

31/05/2016
0

PUTRAJAYA - Pelaksanaan program MyBeras yang sepatutnya bermula 1 Jun ini ditangguhkan, umum Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd