• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan Program MyBeras Ditangguh – KSU Kementerian

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelaksanaan program MyBeras yang sepatutnya bermula 1 Jun ini ditangguhkan, umum Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Penangguhan dibuat untuk memberi ruang kepada penambahbaikan mekanisme pengagihan, katanya dalam satu kenyataan.

“Saya bagi pihak kementerian memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi,” katanya.

Program MyBeras diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari lepas ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016. Di bawah program itu setiap keluarga yang layak akan menerima 20 kilogram (kg) beras setiap bulan dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada bulan lepas dilaporkan berkata seramai 85,401 keluarga miskin tegar layak menerima bantuan 20 kg beras percuma setiap bulan menerusi program MyBeras.

Jumlah penerima bantuan dibuat berdasarkan data e-Kasih yang dikeluarkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sehingga 15 Mac lepas, katanya. – BERNAMA

Tags: MyBeras
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangguh MyBeras Elak Isi Rumah Layak Tercicir – Tajuddin

02/06/2016
0

KUALA KANGSAR - Penangguhan program MyBeras yang sepatutnya bermula semalam (1 Jun) bertujuan memastikan tiada isi rumah yang layak tercicir...

Program MyBeras Bermula 1 Jun

16/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Program MyBeras akan dilaksanakan pada 1 Jun, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd