Hari ini, diketauhi ada cakap-cakap bahawa peguambela kes liwat II Anwar, Datuk Sulaiman Abdullah telah pun mengambil cuti sakit selama tiga bulan, menurut seorang pengguna Facebook.
“Saya difahamkan bahawa Sulaiman Abdullah, peguam utama bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim pesalah seks luar tabii dalam kes liwat telah mengambil cuti sakit selama tiga bulan.
“Jika ianya benar, cuti sakit selama tiga bulan, sudah pasti pada 28 hingga 29 Oktober ini pesalah seks, Anwar akan memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut.
[BACA – Anwar Tolak Tawaran Perlindungan Di Luar Negara Elak Dipenjara]
“Ini merupakan satu tindakan yang tidak bermaruah oleh Anwar kerana telah dengan sengaja meletakkan seorang peguam yang sakit bagi melambatkan proses keadilan di Malaysia,” kata individu itu.
Sulaiman sebelum ini pada 2009 pernah mengundurkan diri sebagai ketua pasukan pembelaan kes sama tetapi dilantik semula kali ini bagi menggantikan Mendiang Karpal Singh yang meninggal dunia akibat kemalangan.
Pada 16 Julai, laporan akhbar menyebut Sulaiman mengundur diri pada ketika itu kerana tidak sihat tetapi pada masa itu penarikan diri beliau hanya bersifat sementara.
Pada 7 Julai tahun sama, Sulaiman pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengadu pitam dan pening akibat kepenatan.
Mengenai kes liwat Anwar itu, banyak pihak sudah pun membuat spekulasi bahawa pasukan pembelaan Anwar akan melakukan apa yang terdaya untuk cuba melengah-lengahkan prosiding akhir ini.
Jika rayuan Anwar kali ini ditolak, beliau akan dipenjarakan selama lima tahun atas kesalahan meliwat seperti hukuman yang dijatuhkan pada Mac lepas. – MYNEWSHUB
Oleh : IBNU K



