• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Perak Keluar 162 Saman Terhadap Pemilik Kenderaan

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 162 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menerusi Op Bersepadu Tahun Baru Cina yang dijalankan di enam lokasi di Perak malam tadi.

Pengarahnya, Ramli Awang Seberang berkata sebanyak 797 kenderaan diperiksa dan 112 daripadanya dikenakan tindakan dalam operasi yang dijalankan di Teluk Intan, Ipoh, Manjung, Taiping, Gerik dan Kuala Kangsar bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.

“Kita menyita tiga kenderaan, selain mengeluarkan 24 notis arah periksa, 12 notis kesalahan teknikal dan dua bagi lain-lain notis,” katanya kepada pemberita sewaktu operasi di Jalan Sultan Azlan Shah di sini.

Ramli berkata kali ini JPJ menggunakan pendekatan baharu dengan melakukan rondaan penguatkuasaan di 16 laluan yang kerap berlaku kemalangan di seluruh Perak.

“Anggota penguat kuasa tidak ditempatkan di kawasan panas, sebaliknya melakukan rondaan penguatkuasaan di jalan persekutuan dan jalan negeri. Pemeriksaan pula dibuat secara rawak,” katanya.

Katanya 16 laluan yang terlibat ialah di Ipoh sebanyak empat zon, Taiping (3), Gerik (tiga), Manjung (dua), Kuala Kangsar (dua), Tapah (satu) dan Teluk Intan (satu),

Menurutnya operasi itu disertai seramai 206 anggota daripada JPJ, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan Jabatan Imigresen.

Ramli berkata Jabatan Imigresen turut menahan enam warga asing iaitu dua lelaki Bangladesh, satu lelaki Nepal, dua lelaki Indonesia dan satu wanita Myanmar kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

AADK turut menahan empat penunggang motosikal kerana positif dadah, katanya sambil menambah operasi itu akan diteruskan sehingga 16 Feb ini. – BERNAMA

Tags: JPJsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd