• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Individu, Rampas Dadah Bernilai RM2.76 Juta

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan dua individu termasuk seorang warga asing serta merampas dadah jenis methamphetamine seberat 32.8 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2.76 juta di sini, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata dadah berkenaan ditemui di sebuah banglo satu tingkat yang menjalankan perusahaan katering di Taman Lim di sini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati rumah berkenaan dijadikan makmal dadah sejak enam bulan lepas.

“Hasil serbuan di rumah yang tidak berpenghuni itu membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek di sekitar Ipoh pada hari yang sama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek warga tempatan yang bekerja sebagai pengusaha katering berusia 42 tahun manakala warga asing itu berusia 34 tahun dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Dalam serbuan itu juga, kita turut merampas sebuah van, dua motosikal, wang tunai dan barang kemas bernilai RM35,200,” katanya.

Paramasivam berkata kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencing mendapati mereka tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Beliau tidak menolak kemungkinan kes berkenaan melibatkan satu sindiket pengedaran dadah, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 32,000 orang dan kedua-dua suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd