• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi 6 Tin Sardin, Penganggur Dihukum Penjara 7 Hari

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya menumpang di rumah pakcik berusia 70 tahun. Saya curi enam tin sardin untuk cucu-cucu pakcik saya yang masih kecil.

“Saya juga perlu menanggung ibu bapa,” kata penganggur Chng (ulang: Chng) Kim Fatt, 45, ketika merayu bagi mengurangkan hukuman, di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Dia dihukum penjara tujuh hari dan denda RM100 oleh mahkamah itu kerana mencuri sardin tersebut.

Majistret Saifulakmal Said berkata, “Mahkamah menjatuhkan hukuman ini berdasarkan kesalahan lampau dan ini bukan kesalahan jenayah pertama kamu”.

Tertuduh mempunyai 11 rekod kesalahan lampau termasuk mencuri kenderaan, dadah dan mendatangkan kecederaan.

Mahkamah memerintahkan Chng dipenjara seminggu jika gagal membayar denda.

Chng didakwa mencuri enam tin sardin kesemuanya bernilai RM33.30 di Kedai 99 Speed Mart Sdn. Bhd, Jalan Jinjang Utama, Sentul, jam 8 malam, 30 Jan lalu.

Chng turut dipenjara tujuh hari kerana gagal menunjukkan kad pengenalan diri atau sebarang dokumen pengenalan sementara di lokasi dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Peraturan 7(1) dan boleh dihukum di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani kedua-dua hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 30 Jan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry mengendali pendakwaan. – BERNAMA

Tags: Kes CuriPenganggur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd