SEBELUM ini, kisah mengenai seorang budak lelaki berusia 5 tahun, Murtaza Ahmadi yang memakai jersi pemain bola kesukaannya, Lionel Messi yang diperbuat daripada plastik telah mendapat perhatian netizen di seluruh dunia.
Bapa kepada adik berkenaan, Arif Ahmadi yang merupakan seorang petani di Jaghori, Afghanistan bertindak membuat sendiri jersi pemain kebangsaan Argentina itu dengan menulis nama Messi di bahagian belakang ‘jersi’ plastik yang kemudian disarung anaknya, Murtaza.
Tak Mampu Beli, Bapa Reka Jersi Messi Dari Beg Plastik
Murtaza sememangnya meminati Lionel Messi malah bercita-cita ingin bergelar bintang bola sepak dunia terkenal sepertinya satu hari nanti.
Menurut maklumat terkini, Murtaza berkemungkinan berpeluang berjumpa dengan idolanya itu.
Ini susulan Agensi Bola Sepak Afghanistan telah mengesahkan di blog mereka bahawa satu pertemuan antara Messi dan Murtaza sedang dirancang.
Afghanistan Football Federation has confirmed that Messi will meet his 5 year old fan Murtaza Ahmadi at Camp Nou â¤ï¸Â

