• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Sebaran Whatsapp Ada Ancaman Daesh Di Sabah

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah hari ini menafikan dakwan kononnya terdapat ancaman kumpulan penganas Daesh di beberapa kawasan di negeri ini, seperti yang diviralkan melalui aplikasi Whatsapp sejak semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd. Rashid Harun berkata maklumat yang disebarkan itu hanya khabar angin dan orang ramai diminta tidak mempercayai serta menyebarkan maklumat tidak sahih berkenaan.

Maklumat ancaman penganas yang menjadi viral melalui aplikasi Whatsapp sejak semalam, dipercayai disebarkan pihak tidak bertanggungjawab berikutan beberapa aset dan anggota polis telah digerakkan melakukan operasi dan sekatan jalan raya di sekitar pusat bandar ini.

Abd. Rashid berkata pergerakan aset dan anggota itu adalah perkara biasa dan ia akan dilakukan dari semasa ke semasa serta tidak mempunyai kaitan dengan apa-apa kejadian atau ancaman seperti yang disebarkan.

“Kalau kita gerakkan aset yang sudah lama tidak beroperasi, itu bukan bererti ada perkara yang luar biasa berlaku… jadi jangan kaitkan dengan militan sekiranya kita mengerakkan aset dan anggota pada masa tertentu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 8 sempena perayaan Tahun Baru Cina, di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai boleh berhubung dengan balai polis atau ibu pejabat polis daerah berhampiran untuk mendapat apa sahaja maklumat dan elakkan daripada mendengar khabar angin.

“Pihak polis juga akan membuat kenyataan segera kepada media untuk disebarkan kepada orang ramai sekiranya ada perkara tidak baik (ancaman) berlaku,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Op Selamat 8 itu, Abd. Rashid berkata pihaknya memberikan penekanan terhadap dua perkara iaitu keselamatan di sekitar perumahan dan jalan raya.

“Kita menasihatkan agar pengguna jalan raya sentiasa mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan elakkan memandu kenderaan ketika dipengaruhi alkohol.

“Komuniti yang meningalkan rumah pada tempoh yang lama perlu memberitahu balai polis berhampiran agar rondaan dapat dilakukan untuk mengelakkan sebarang kejadian seperti kes pecah rumah,” katanya. – BERNAMA


 

Tags: DaeshSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd