• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Lelaki Ditahan Terbabit Kegiatan Judi Sabung Ayam

oleh Ahmad Albab
31/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Tujuh lelaki termasuk remaja 15 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan judi sabung ayam di Kampung Air Kuning, Changkat Jering, di sini petang semalam.

Kesemua mereka berumur antara 15 dan 58 tahun diserbu sepasukan Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping ketika sedang leka bermain judi di tepi sebuah rumah di kampung itu, pada 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata semasa serbuan dilakukan terdapat sekumpulan orang sedang mengerumuni gelanggang di situ.

“Ketika serbuan ada di antara mereka melarikan diri. Bagaimanapun, polis berjaya menahan tujuh lelaki iaitu tiga Melayu dan empat Cina.

“Dalam serbuan itu polis merampas satu kain hitam yang dijadikan gelanggang, lapan besi, tujuh batang besi taji di kaki tujuh ayam sabung dan wang tunai bernilai RM155 yang ditinggalkan di situ,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Harrith Kam berkata kesemua mereka direman bagi membantu siasatan termasuk mengenal pasti penganjurnya dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka. – BERNAMA

Tags: JUDIpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd