• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Tinjau Projek Pembinaan Jambatan Batang Sadong

oleh Ahmad Albab
31/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SADONG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan lawatan kerja di Sarawak dengan meluangkan masa meninjau perkembangan projek Jambatan Batang Sadong.

Beliau yang diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang diberi penerangan berhubung status terkini pembinaan jambatan bernilai RM211 juta itu.

Najib diberikan taklimat mengenai projek jambatan yang kini siap lebih 91 peratus itu oleh Pengurus Wilayah bagi Pejabat Wilayah Selatan Jabatan Kerja Raya Sarawak Vincent Tang Chok Khing.

Turut hadir Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri; Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri James Jemut Masing, anggota Dewan Undangan
Negeri (Adun) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo dan Adun Sebuyau Datuk Julaihi Narawi.

Selain memendekkan tempoh perjalanan untuk penduduk sekitar ke bandar raya Kuching, pembinaan jambatan itu juga akan memudahkan penduduk membawa hasil pertanian untuk dipasarkan di Kuching.

Jambatan sepanjang 1.48 kilometer yang merentasi Sungai Batang Sadong itu merupakan jambatan terpanjang di negeri ini memulakan pembinaan pada Julai
2012.

Jambatan berkenaan dijangka siap pada 31 Ogos ini.

Untuk rekod, peruntukan pembinaan jambatan ini diluluskan Najib semasa tempoh kempen Pilihan Raya Negeri 2011.

Najib kemudiannya ke Kuching sebelum berlepas ke Bintulu bagi menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Bintulu. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razaksarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd