• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Pelajar Perubatan Uthaya Kumar Tiba Di KLIA

oleh Ahmad Albab
31/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jenazah pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan di India, S. Uthaya Kumar, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.30 pagi tadi.

Jenazah pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu yang dibawapulang dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH193 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru, disambut bapa saudaranya K. Dheivethiven, 54, di KLIA.

Katanya jenazah terus dibawa ke rumah ibu bapanya di Bandar Baru Selayang, Kuala Lumpur, sebelum dibawa ke Krematorium Cheras bagi upacara sembahyang dan pembakaran.

Dheivethiven berkata kali terakhir beliau bertemu dengan Uthaya Kumar pada September tahun lepas ketika mendiang pulang ke Malaysia untuk bercuti.

“Ketika itu dia beritahu saya bahawa dia akan habis belajar di India pada bulan Mac ini dan akan menyambung pengajian di Melaka,” katanya.

Dheivethiven berkata beliau tidak menyangka pelajar cemerlang itu yang disenangi oleh semua yang mengenalinya, pergi terlalu awal.

Uthaya Kumar, 23, yang merupakan pelajar tahun ketiga di Kolej Perubatan Melaka-Manipal (MMMC) terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Chitradurga, Karnakata pada 27 Jan lepas ketika membonceng motosikal bersama seorang pelajar tempatan.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah hospital di Chitradurga, kira-kira 250 kilometer dari Bangalore, Karnataka. – BERNAMA

Tags: jenazahpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd