• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya SPR Boleh Tetapkan Tarikh Mengundi

oleh Ahmad Albab
31/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tidak sampai 12 jam selepas Ketua Menteri membuat ‘pendedahan’ berhubung tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan dengan jelas bahawa ia adalah bidang kuasa badan itu.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah mengesahkan kepada The Star bahawa Tan Sri Adenan Satem telah mencadangkan dua tarikh berkenaan tetapi beliau menekankan bahawa tanggungjawab untuk menentukan bila pilihan raya akan diadakan merupakan hak mutlak SPR.

“Beliau hanya mencadangkan tarikh tersebut. Beliau boleh menasihati TYT (Gabenor Sarawak) mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Kemudian, di bawah Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai 60 hari untuk menjalankan pilihan raya,” kata Takun pada Sabtu.

Beliau juga menegaskan bahawa SPR tidak mengadakan mesyuarat dengan Adenan.

“Tan Sri Adenan bertemu saya sebagai pengarah SPR negeri dan bukannya SPR. Mesyuarat itu adalah dengan saya sahaja.

“SPR belum menemuinya berkaitan pilihan raya,” katanya.

Tambah Takun pertemuan berkenaan berlangsung pada pertengahan bulan lalu selepas Parlimen meluluskan pewartaan persempadanan semula kawasan pilihan di negeri ini pada 2 Disember.

Diminta mengulas mengenai pengumuman Adenan, Takun berkata: “Ia adalah cara beliau melakukan sesuatu.

“Tetapi bagi kami, pengumuman rasmi hanya akan datang daripada SPR.”

Pada Jumaat malam, ketika majlis pelancaran seminar pilihan raya kecil kawasan Satok, Adenan membuat kejutan apabila mengumumkan 18 April sebagai hari penamaan calon dan 30 April sebagai hari mengundi bagi PRN Sarawak.

Katanya, beliau telah mencadangkan tarikh-tarikh tersebut semasa mesyuarat dengan SPR. – mStar Online

Tags: Pilihan RayaSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd