• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Tembaga Sukar Ditangkap, Kenyang Kulit Ayam

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan – Selepas hampir seminggu usaha menangkap buaya tembaga yang dikatakan tersesat di parit di Kampung Cempaka di sini, dilakukan, ia seakan menemui jalan buntu apabila reptilia berkenaan seolah-olah tidak hairan dengan umpan diberikan.

Tindakan orang ramai yang sering mencampakkan makanan ke parit itu dipercayai menjadikan buaya terbabit kenyang dan tidak aktif.

Malah tinjauan dilakukan mendapati kawasan tepi parit itu tidak ubah seperti pesta apabila orang ramai memenuhi kawasan berkenaan bagi melihat buaya dengan lebih dekat.

Ada yang ‘bermurah hati’ mencampakkan makanan seperti kulit ayam untuk santapan sang bedal itu, tidak kurang juga yang bersorak apabila ia memakan makanan yang diberikan.

Ketua Kampung Cempaka Mat Lazim Kadir berkata, kemunculan buaya di parit berkenaan bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini beberapa reptilia terbabit turut pernah ditemui di situ.

“Walaupun buaya itu tidak mengancam penduduk namun tindakan orang ramai terutama kanak-kanak yang berada terlalu hampir di tebing parit boleh mengundang bahaya.

“Malah mereka juga memberi haiwan itu makan untuk mengumpannya supaya timbul di permukaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Datuk Khairiah Mohd Shariff berkata, pihaknya cuba menangkap buaya terbabit sejak Ahad lalu dengan umpan kulit ayam dan perangkap.

“Tidak seperti sebelum ini, buaya ini kelihatan tidak aktif sejak beberapa hari lalu, mungkin ia agak kekenyangan berikutan orang ramai gemar mencampakkan makanan kepadanya.

“Walaupun pelbagai teknik digunakan untuk menariknya ke dalam perangkap, ia tidak timbul di permukaan sekali gus menjadikan usaha untuk menangkapnya menemui jalan buntu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menggandakan usaha untuk menangkap buaya itu secepat mungkin.

“Kami harap orang ramai tidak memberi buaya itu makan bagi memastikan ia lapar serta kembali aktif seterusnya memudahkan ia ditangkap,” katanya. – myMetro Online

Tags: Buaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd