• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luiz Suarez Sedia Hadapi Pertembungan ‘Clasico’

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARCELONA – Segenap mata akan tertumpu kepada bintang kontroversi Barcelona, Luis Suarez menjelang pertembungan ‘Clasico’ bulan ini dan Pengarah Sukan kelab itu, Andoni Zubizarreta menjangkakan dia sudah bersedia menentang Real Madrid.

Suarez yang menyertai Barca dari Liverpool musim ini berdepan penggantungan selama empat bulan kerana menggigit pemain Itali di Piala Dunia, Brazil dan terpaksa menyaksikan rakan sepasukannya memulakan kempen musim ini tanpa khidmatnya.

“Saya berharap Luis Enrique (jurulatih Barca) akan memperoleh kesemua pemainnya. Sehingga kini, tanpa khidmatnya (Suarez), kami memulakan kempen dengan baik,” kata Zubizarreta kepada televisyen Sepanyol.

“Saya mengenalinya dan saya fikir dia akan bersedia untuk Bernabeu. Suarez tahu di tahap mana dia berada dan situasi yang akan dihadapinya.

“Dia akan menjadi pemain yang penting buat kami. Peminat sepatutnya bertenang, pemain itu sudah mengerti apa kesalahan yang dilakukannya dan secara dalaman kami sudah bekerjasama. ”

Begitupun, skuad bimbingan Enrique ketika ini masih belum mencapai tahap ‘cemerlang’ ketika di bawah bimbingan Pep Guardiola namun hanya kehilangan dua mata daripada tujuh perlawanan dan menduduki tangga teratas La Liga.

Musuh tradisi, Real ketika ini ketinggalan empat mata dan akan bertemu sesama sendiri di Bernabeu pada 25 Oktober ini iaitu sehari selepas Suarez menamatkan penggantungannya.

Sejak pertengahan Ogos lalu, Suarez dibenarkan berlatih bersama rakan sepasukannya selepas hukumannya dikurangkan dan dibenarkan beraksi bersama skuad kebangsaan.

Jumaat lalu, Suarez beraksi bersama Uruguay ketika menentang Arab Saudi dan meledak dua gol ketika menentang Oman pada Isnin. – Reuters

Tags: Luis Suarez
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suarez Akui Tak Kecil Hati Barca Mula Cari Pengganti

01/11/2018
0

PEMAIN Barcelona, Luis Suarez mengakui tidak terkejut seandainya kelab itu sudah mula mencari pengganti dirinya. Malah katanya, dia langsung tidak...

Suarez ‘Mengamuk’ Aibkan Real Madrid

29/10/2018
0

BARCELONA - Barcelona ‘mengganas’ dalam pertembungan Clasico menentang seteru utama, Real Madrid apabila Luis Suarez meledak hatrik untuk membantu pasukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd