• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hyetis Alpha – Jam Pintar Mewah Dengan Fungsi “Gesture”

oleh AK-47
28/01/2016
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKEMBANGAN arena jam tangan pintar yang semakin meningkat membuatkan beberapa pengeluar jam tangan mewah turut menghasilkan jam tangan pintar mereka sendiri.

Ini adalah bagi memastikan jualan mereka tidak terus merudum kerana saingan jam tangan pintar yang memberikan pelbagai fungsi tambahan selain menunjukkan waktu.

Beberapa minggu lalu Tag Heuer memperlihatkan jam mereka, kini tiba giliran Hyetis pula dengan jam tangan pintar Alpha Pro

Jam tangan hibrid analog dan pintar ini mempunyai dua skrin AMOLED berbentuk hemisfera pada muka jam.

Di hadapan skrin AMOLED ini terdapat jam analog biasa yang menunjukkan waktu. Skrin AMOLED ini boleh menunjukkan suhu, tarikh, bacaan nadi dan jarak perjalanan pemakai.

Apa yang membuatkan Alpha Pro unik berbanding jam-jam tangan pintar di pasaran ialah ia menyokong pergerakan jari (gesture).

Antaramuka jam pintar mewah ini boleh ditatal tanpa memerlukan sentuhan jari di skrin sekaligus mengelakkan skrin jam dari berminyak kerana disentuh.

Alpha menggunakan sistem operasi tersendiri FreeRTOS yang membolehkannya ditambat kepada peranti Android dan iOS.

Dua versi dihasilkan iaitu versi biasa pada harga CHF 3900 (~RM 17071) manakala versi gentian karbon Alpha Pro dijual pada harga CHF 4950 (~RM 21669).-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Hyetis

Tags: jam pintarTeknologi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Separuh Pekerjaan Di Malaysia Bakal ‘Pupus’

21/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang. Ahli...

Malaysia Bangunkan 2 Teknologi Kesan Virus Covid-19

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang membangunkan dua teknologi menerusi universiti tempatan yang dibiayai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd