• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pensyarah Wanita Ditahan SPRM Kes Seleweng RM14 Juta

oleh Ahmad Albab
29/01/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pensyarah wanita berusia lingkungan 40-an ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit dalam penyelewengan tuntutan peruntukan penganjuran program membabitkan nilai kira-kira RM14 juta.

Sumber berkata, suspek yang juga pensyarah kanan di sebuah universiti awam di utara, ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM negeri di Bangunan Persekutuan, di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam untuk membantu siasatan berhubung dakwaan itu yang dikatakan dilakukan ketika suspek menjadi Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC).

“Berdasarkan maklumat, suspek yang berasal dari Perlis membuat tuntutan RM14 juta untuk kira-kira 300 program dianjurkan Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) melalui CUIC, di bawah Kementerian Pelajaran (ketika itu Kementerian Pengajian Tinggi) antara 2012 dan 2015.

“Bagaimanapun timbul keraguan dalam isu terbabit dan SPRM sehingga kini masih menyiasat tuntutan membabitkan nilai peruntukan kira-kira RM14 juta dibuat melalui lebih 10 syarikat.

“Sehingga kini siasatan dilakukan SPRM hanya mengenal pasti RM500,000 daripada keseluruhan RM14 juta tuntutan dibuat, manakala selebihnya masih dalam siasatan. Justeru, suspek ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui, di sini.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan siasatan dilakukan, namun tidak mengulas lanjut.

Sementara itu, pensyarah wanita terbabit dibawa ke Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]7FZkHFnUvK4[/wpdevart_youtube]

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd