PELAKON Arja Lee yang namanya baru-baru ini hangat diperkatakan berikutan penyebaran videonya sedang menimbang bola dengan hanya berseluar dalam, menyatakan dia merancang untuk berkahwin dalam masa dua tahun lagi dan mengakui memilih wanita berharta untuk dijadikan sebagai suri hidupnya.
Video Seluar Dalam: Arja Lee Buat Laporan Polis Telefon Hilang
Pengakuan Arja atau nama sebenarnya Azharuddin Ramli itu dipetik menerusi laporan sebuah akhbar harian baru-baru ini yang mengatakan, “Kalau wanita boleh mencari pasangan yang bergelar Datuk terutama dari golongan ahli perniagaan untuk menjamin kebahagiaan di samping kewangan yang stabil, kenapa golongan lelaki tidak boleh mempunyai harapan yang sama?”
“Sebab itulah saya mahukan seorang wanita yang berharta, ada kedudukan supaya boleh menumpang kesenangannya. Semestinya, bukan itu sahaja ciri-ciri wanita idaman saya, malah bakal isteri haruslah cukup sifat wanitanya serta solehah.
“Kalau boleh, si dia bukanlah dari kelompok selebriti atau artis. Cukuplah sekadar berkemampuan tetapi sederhana peribadinya dari kalangan orang biasa,” katanya.
Wah, tulus dan mulus pengakuan Arja ni, so mana-mana wanita berharta yang cuba mengorat aktor kacak ini, apa lagi cepat-cepatlah isi borang ya! Hehehe.. – MYNEWSHUB.CC

