• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Catat Peningkatan 10.1% Kes Demam Denggi

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kedah mencatat peningkatan 10.1 peratus kes demam denggi atau 87 kes bagi tempoh 1 Jan hingga 23 Jan tahun ini berbanding 79 kes yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata bagaimanapun berkata setakat ini tiada kes kematian dicatatkan.

Katanya, terdapat dua daerah yang menunjukkan peningkatan kes berbanding tempoh yang sama pada 2015 iaitu Baling 380 peratus (24 kes berbanding lima kes pada 2015) dan Kuala Muda 191.7 peratus (35 kes berbanding 12 kes tahun 2015).

Bagaimanapun, tujuh daerah pula menunjukkan penurunan kes, iaitu Kulim sebanyak 60 peratus (lapan kes berbanding 20 kes tahun 2015), Langkawi 100 peratus (tiada kes berbanding satu kes tahun 2015), Kubang Pasu 66.7 peratus (empat kes berbanding 12 kes 2015), Kota Setar 25.0 peratus (12 kes berbanding 16 kes tahun 2015).

Padang Terap 66.7 peratus (satu kes berbanding tiga kes tahun 2015), Yan 83.3.0 peratus (satu kes berbanding enam kes tahun 2015) dan Sik 100 peratus (tiada kes berbanding dua kes tahun 2015),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata daerah Bandar Baharu dan Pendang pula tiada kes yang dilaporkan dan terdapat satu lokaliti wabak terkini di Taman Seri Bersatu, Baling.

Dr Norhizan berkata dalam tempoh itu, pihaknya melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan demam denggi dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes di 18,301 premis dan mendapati terdapat 187 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.

“Kami mengeluarkan 164 kompaun berjumlah RM82,000 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 26 notis bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes.

Beliau berkata pihaknya juga melakukan semburan untuk membunuh nyamuk aedes di 18,261 premis di seluruh Kedah dan 10,571 premis diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik.

“Kempen kebersihan persekitaran kepada masyarakat umum perlu ditekankan bagi memastikan isu di kawasan denggi seperti kutipan sampah ditangani dan semua kes serta wabak denggi dikawal dengan effektif dan berkesan. Aktiviti penguatkuasan terhadap pembuangan sampah haram juga perlu dipertingkat oleh Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: demam denggiKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd