• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pemandu Inspira Undur, Hentam MPV Di Highway

oleh AK-47
28/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita menempuh detik mencemaskan apabila kenderaan di hadapannya secara tiba-tiba mengundur dan melanggar kenderaan yang dipandunya, sebelum melarikan diri.

Insiden dikatakan berlaku di Kilometer 62.7 Lebuhraya Utara-Selatan ketika mangsa yang menggunakan kenderaan MPV dalam perjalanan ke Johor Baharu, kira-kira jam 7 malam Ahad.

Rakaman dashcam menunjukkan, pemandu Proton Inspira yang berada di hadapan MPV berkenaan tiba-tiba menekan brek di lorong kanan, sebelum mengundur dan melanggar MPV di belakangnya.

Pemandu Proton Inspira itu kemudiannya memecut dari tempat kejadian.

Mujurlah mangsa yang pada ketika itu membawa ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rakaman video itu kini giat dikongsi di WhatsApp dan beberapa akaun Facebook seperti ‘Friends of Barisan National’ dan juga ‘Friends of PDRM’ sejak semalam.

Kejadian pelik itu menerima pelbagai komen, kebanyakannya menyifatkan pemandu Ispira terbabit sengaja mencipta ‘kemalangan’ bagi menyalahkan mangsa yang berada di belakang.

Namun, ada yang menganggap pemandu MPV itu mungkin telah menyinggung perasaan pemandu berkenaan di jalan raya sebelumnya, menyebabkan berlaku insiden pelik itu.

Mangsa bagaimanapun telah membuat laporan polis, dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap pemandu ‘gila’ itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kesalahanpemanduvideo viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd