• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rimas Bayi Menangis Lelaki Berang Tunjuk Kemaluan

oleh AK-47
15/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT tidak tahan mendengar suara tangisan bayi jirannya, seorang lelaki berang bertindak menunjukkan kemaluannya kepada nenek bayi itu dalam kejadian di sebuah flat di Semenyih, di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, wanita berusia 40-an berkenaan sedang memujuk cucunya itu yang menangis sebelum didatangi lelaki terbabit yang tinggal di tingkat lima flat itu sebelum memaki hamun dan mencarut kepadanya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab berkata, sebaik kejadian, mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki itu memberitahu kejadian itu kepada suaminya, memetik laporan Harian Metro.

“Suami mangsa kemudian ke rumah suspek bersama seorang anak perempuannya untuk mendapatkan kepastian berhubung tindakannya itu.

“Bagaimanapun, suspek terus menolak suami wanita itu yang berusia 49 tahun sehingga terjatuh,” katanya.

Ab Rashid berkata, anak perempuan mangsa yang turut berada di situ cuba membantu ayahnya, namun suspek terus menetak kepalanya dengan parang sebelum melarikan diri.

“Akibat tetakan itu, remaja perempuan berusia 14 tahun itu luka di kanan kepalanya. Dia dibawa ke Hospital Kajang dan menerima 10 jahitan,” katanya.

Ab Rashid berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan polis kini sedang memburunya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan,” katanya. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIME BUSTERZ

Tags: bayikemaluan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd