• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nina Iskandar Sangkal Pertunangan Bermasalah

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon berasal dari Brunei iaitu Nina Iskandar menyangkal dakwaan hubungannya dengan tunang iaitu Ahmed Haiqal, 30, bermasalah ekoran dia tidak lagi memuat naik gambar pemuda itu di laman Instagram miliknya.

Nina, 23, berkata, tindakannya itu bukan kerana hubungan mereka dilanda masalah tetapi dia memilih untuk bersikap low profile selepas bertunang sejak Ogos lalu.

“Alhamdulillah hubungan kami berjalan seperti biasa cuma rasanya tidak manis jika terlalu kerap meletakkan gambar bersama dan kami lebih selesa bersikap low profile.

“Orang mungkin rasa pelik sebab sebelum ini saya banyak memuat naik gambar bersamanya dan apa yang boleh saya katakan ketika itu sedang ‘seronok’ dilamun cinta sehingga tidak peduli pandangan sekeliling,” jelasnya kepada mStar Online.

Nina ditemui pada sidang media Karnival Puncak Rasah Andaman Seremban yang diadakan di pejabat MIG di sini pada Isnin.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Ekskutif Kumpulan Andaman, Datuk Seri Vincent Tiew dan Ketua Pegawai Ekskutif MIG, David Teo.

Karnival tersebut bakal diadakan pada 18 Oktober ini di Taman Puncak Rasah, Seremban dengan kehadiran artis terkenal seperti Diana Amir, Adeline Tsen, Shima Anuar, Fadlan Hazim, Ryzal Jaafar dan Zalif Sidek.

Dalam pada itu, Nina dan Ahmed Haiqal masih belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinan dan hanya akan berkahwin selepas mereka bersedia.

Jelas Nina lagi, buat masa ini mereka sibuk dengan tugas masing-masing dan akan mengumumkan kepada semua sekiranya sudah mempunyai tarikh perkahwinan.

“Kami belum merancang apa-apa dan Insya-Allah kami akanberitahu sekiranya sudah ada tarikh tetapi bukan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Tambah Nina, pada tahap ini dia dan Ahmed Haiqal banyak mengenali hati budi masing-masing dan tidak menafikan berhadapan dugaan sejak bertunang.

“Dugaan itu bukanlah yang besar tetapi lebih kepada proses kami untuk memahami diri masing-masing namun semuanya berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Nina berkata, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Noktah Kasih bersama Iqram Dinzly untuk siaran TV3.

Drama itu adalah projek pertamanya sejak bertudung pada April lalu.

“Alhamdulillah akhirnya ada rezeki saya biarpun sudah hampir enam bulan tiada projek terbaharu.Noktah Kasih bakal menjadi drama pertama saya dengan imej bertudung,” katanya.

Selain lakonan, Nina juga berjinak-jinak sebagai penyanyi dan bakal merakamkan dua buah lagu runut bunyi untuk filem terbitan MIG. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aidil Zafuan Sokong Rita Rudaini Lapor Ugutan Bunuh

Next Post

Menteri Kesihatan Gemuk Hingga 127 Kilogram Dikritik Ramai

Related Posts

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

13/12/2023
0

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia pada usia 61 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Menteri Kesihatan Gemuk Hingga 127 Kilogram Dikritik Ramai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd