• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerang Jakarta Buat Panggilan Ke Malaysia – Bukit Aman

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penyerang bom di Jakarta pada 14 Jan lalu telah membuat panggilan kepada satu talian di negara ini sebelum kejadian itu, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun.

Beliau berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan siasatan forensik yang dilakukan polis Indonesia.

“Kami (polis Malaysia) sedang menyiasat dapatan baharu ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 14 Jan lalu, berlaku serangan bom dan senjata api di Jalan MH Thamrin yang menyebabkan tujuh orang termasuk lima penyerang terbunuh sementara 30 orang termasuk lima anggota polis cedera parah. Sehari kemudian seorang yang cedera dilapor meninggal dunia.

Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian dilapor sebagai berkata pihaknya percaya pengasas kumpulan Katibah Nusantara, Muhammad Bahrun Naim yang merupakan ketua kumpulan pengganas Asia Tenggara dan menjadi perancang serangan tersebut.

Namun Mohamad Fuzi berkata berdasarkan siastan, tiada penyerang di Jakarta merupakan rakyat Malaysia.

Mengenai ancaman kumpulan Daesh, beliau berkata polis mengenal pasti bahawa terdapat komunikasi antara elemen Daesh rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia di Syria.

“Apa yang kami dapati sekarang ialah terdapat komunikasi yang dibuat rakyat Malaysia di sini kepada rakan mereka yang juga rakyat Malaysia di Syria,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7ny1EBH3ayM[/wpdevart_youtube]

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd