• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Individu Sebar Maklumat Atau Buat Ancaman Palsu

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu individu atau pihak tertentu yang cuba mencetuskan keresahan dan ketakutan orang ramai menerusi panggilan, penyebaran maklumat atau ancaman palsu.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata usaha mengesan dan memburu mereka terbabit dilakukan menerusi kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi lain berkaitan.

“Sebagai contoh baru-baru ini terdapat beberapa panggilan yang kononnya ada ancaman ‘bom’, kami tidak akan lepaskan mereka ini dan akan mengesan mereka,” katanya kepada Bernama.

Selain itu Mohamad Fuzi berkata mereka terbabit dalam penyebaran laporan palsu juga akan diburu dan dikenakan tindakan.

Sementara itu, Penganalisis Jenayah Kamal Affendi berkata orang ramai dinasihat tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih mengenai sesuatu perkara terutamanya membabitkan ancaman keselamatan.

“Jika mereka inginkan sesuatu fakta berita yang sahih, mereka (orang awam) perlu merujuk kepada sumber yang sahih daripada pihak berkuasa sebelum viralkan di media sosial yang boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Selain itu, ia boleh memberi impak negatif kepada masyarakat sehingga menimbulkan panik dalam kalangan awam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Laporan Palsupolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd