• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T’ganu Peruntuk RM1 Juta Bantu Mangsa Fenomena Air Pasang

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan negeri memperuntuk RM1 juta bagi membantu mangsa fenomena air pasang besar yang melanda beberapa buah kampung sejak malam tadi.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya juga telah meminta Pegawai Pembangunan Kuala Nerus melaksanakan tindakan awal bagi membantu mangsa berkenaan.

Beliau berkata pihaknya meluluskan peruntukan tersebut sebagai langkah penyelesaian awal dan meminta pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran melakukan tindakan segera.

“Saya telah meminta Datuk Basir Ismail untuk mengambil tindakan segera bagi membantu mangsa air pasang besar itu,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata beliau akan melawat mangsa ombak besar sebaik tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur malam ini.

Tinjauan Bernama di sekitar Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Mengabang Telipot mendapati kira-kira 25 buah rumah di pesisir pantai Batu Rakit menjadi mangsa pukulan ombak kuat yang mula berlaku kira-kira pukul 8 malam.

Lebih parah air ombak memasuki kediaman penduduk sehingga ke jalan utama sejauh 20 meter.

Turut kelihatan di lokasi kejadian beberapa agensi keselamatan seperti pasukan bomba dan penyelamat, polis serta Jabatan Pertahanan Awam. – BERNAMA

Tags: ombakTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd