• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ombak Besar: 8 Keluarga Berpindah, 3 Rumah Terjejas Teruk

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Lapan keluarga dari kampung Mengabang Telipot di sini mula berpindah ke kawasan selamat sejak lewat malam tadi berikutan fenomena ombak besar.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Nerus, Lt M Ahmad Kamal Hakim berkata sebuah rumah telah ranap manakala dua buah lagi dalam keadaan teruk akibat dipukul ombak.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau mengingatkan penduduk di pesisir pantai supaya berhati-hati dengan keadaan ombak yang bergelora kerana berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena sedemikian akan berlanjutan sehingga esok.

Beliau berkata keluarga tersebut berpindah ke rumah keluarga terdekat masing-masing.

Fenomena air pasang besar yang melanda Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Mengabang Telipot di Kuala Nerus menyebabkan lebih 20 buah rumah yang terletak berhampiran pantai digenangi air laut.

Menurut seorang penduduk, Zulkifli Yusof, 46, air pasang besar mula berlaku sejak petang semalam namun lewat malam tadi keadaannya lebih buruk sehingga air masuk ke dalam rumah.

“Sekarang ini memang tak tenteramlah nak tidur pun tidak boleh bila fikir rumah mula dimasuki air ombak dan bimbang ombak makin besar.

“Jadi sekarang ni kita sedang berjaga-jaga dan pindahkan barangan berharga ke lokasi yang lebih selamat,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk Yusri A. Rashid, 30, berkata walaupun mereka pernah mengalami fenomena sedemikian namun pada kali ini ombak terlalu besar disusuli angin kencang.

Katanya jarak antara pantai dan kediaman mereka yang terlalu hampir menyebabkan air mula melimpah ke dalam kawasan rumah.

“Saya harap pihak tertentu dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, 27 pegawai dan anggota bomba termasuk Bomba Sukarela bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian manakala polis serta Jabatan Pertahanan Awam turut menempatkan anggota mereka untuk memantau keadaan dan membantu penduduk terbabit. – BERNAMA

Tags: ombakTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd