IPOH – Bapa kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meninggal dunia awal pagi tadi.
Abdul Kadir Muhammad, 73, meninggal dunia di Hospital Desa Pangkor Pulau Pangkor akibat serangan jantung pada 1.10 pagi.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar, jenazah akan disemadikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Karim meninggalkan tujuh anak termasuk Zambry.
Menurut kenyataan itu lagi, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun sebelum bersara pada tahun lepas. – BERNAMA

