• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Malaysia Di Perancis Maut Ketika Bermain Ski

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia di Perancis, Affiah Ariffin Hew, meninggal dunia sehari selepas terbabit dalam kemalangan ketika bermain ski di Nice, Perancis, Jumaat lepas.

Difahamkan Affiah, 23, pelajar di University of Nantes terbabit dalam kemalangan ski itu pada 22 Januari lepas menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.

Ibu mangsa, Latipah Madon, yang kini berada di Perancis mengesahkan anaknya meninggal dunia kira-kira 7 malam Sabtu waktu tempatan (2 pagi Ahad waktu Malaysia) ketika dirawat di Hospital Chu Pasteur di Nice.

“Urusan membawa pulang jenazah anak saya ke Malaysia dijangka mengambil masa antara dua dan tiga hari,” katanya kepada Bernama menerusi sistem pesanan Facebooknya hari ini.

Beliau berlepas ke Perancis pada pagi Sabtu lalu selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) menerusi laman Facebooknya menyatakan Affiah terbabit dalam kemalangan ketika berski di Nice.

Menurut MASAF, mangsa dibawa ke Hospital Chu Pasteur untuk rawatan dan dikatakan berada dalam keadaan koma.

“Kami ingin menzahirkan perasaan dukacita, hiba dan pilu dengan kejadian ini dan seterusnya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Affiah, semoga tabah dengan kehilangan insan tercinta,” kata MASAF menerusi Facebook. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]RUAQt-epItI[/wpdevart_youtube]

Tags: mautpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd