• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Feb Sebutan Kes Bunuh Pencuri Untuk “Pertahan Keluarga”

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Mahkamah Sesyen di sini Ahad menetapkan 21 Februari untuk sebutan kes seorang peniaga yang didakwa membunuh dan mencederakan dua lelaki di Kampung Labohan Kerteh, bulan lepas.

Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh berkenaan setelah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi untuk melengkapkan semua dokumen sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 27 Disember lalu, Mohamad Zulkifli Ismail, 50, didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 38, di kawasan rumah tidak bernombor, Kampung Labohan, Kerteh, di sini pada 10.30 pagi, 7 Disember lalu.

Tertuduh yang mempunyai tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi pertuduhan tersebut.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, Mohamad Zulkifli mengaku tidak bersalah menyebabkan cedera parah ke atas Faizul Awang, 31, dengan menggunakan sebilah parang di tempat dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Kes Mohamad Zulkifli yang mempertahankan diri dan keluarga daripada rompakan menjadi viral di laman sosial hingga wujudnya kumpulan tertentu yang dikatakan membela tertuduh.

Ketika prosiding, Mohamad Zulkifli yang kelihatan tenang di kandang tertuduh sempat memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menggunakan parang, sebaliknya menggunakan golok.

Zulkifli diwakili peguam Ariff Azami Hussein.

Di luar mahkamah, selain anggota keluarga, kelihatan hanya beberapa orang hadir memberi sokongan terhadap Zulkifli. – BERNAMA

Tags: kes bunuhmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd