• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peladang Perlis Jalankan Projek Harumanis Dengan Kos Rm5.5j

oleh Ahmad Albab
24/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Empat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Perlis mengorak langkah dalam sektor pertanian moden melalui projek tanaman mempelam harumanis melibatkan kos sebanyak RM5.5 juta.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Shaidan Nordin berkata projek yang disertai PPK berkenaan menggunakan teknik penanaman di dalam rumah hijau bagi hasil yang lebih optimum dan berkualiti.

“Melalui teknik ini setiap pokok mendapat air dan baja yang mencukupi dan struktur pelindung tanaman melindungi pokok daripada hujan dan dijangkiti kulat di samping mengurangkan penggunaan racun kulat pada tanaman.

“Projek ini melibatkan PPK Paya, PPK Bintong, PPK Beseri dan PPK Mata Ayer di sini dan peruntukan diperoleh dari NCIA (Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara) melalui Program Permodenan Pertanian,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, Ahad.

Shaidan berkata rumah hijau atau dikenali rumah kalis hujan itu boleh memuatkan sebanyak 235 pokok mempelam harumanis dan bagi projek ini, setiap PPK mampu menanam sehingga 705 anak pokok.

“Dijangka setiap PPK berkenaan mampu memungut pendapatan melebihi RM350,000 setahun pada peringkat awal dan kemungkinan menjangkau hingga RM400,000 setahun apabila pokok sudah cukup matang,” katanya.

Shaidan berkata, setakat ini PPK Paya sudah memulakan projek berkenaan sejak setahun lepas membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM1.25 juta.

“Tiga PPK lagi masih dalam peringkat awal pelaksanaannya dan dijangka akan mula mengeluarkan hasil dalam tempoh dua setengah tahun.

Sementara mempelam harumanis membuahkan hasil dan dipungut, tanaman sampingan bermutu seperti ‘rock melon’ dan cili fertigasi turut ditanam di celah tanaman di rumah hijau itu,” katanya.

Beliau berkata mempelam harumanis yang ditanam di bawah projek berkenaan akan dipasarkan ke luar negara terutama Jepun dan Singapura.

“Kedua-dua negara itu mengimport harumanis dari Malaysia sejak tiga tahun lalu, bagaimanapun disebabkan permintaan yang tinggi bekalan sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Pelaksanaan projek oleh PPK terlibat itu diharap mampu menampung peningkatan permintaan selain memperluas pasaran harumanis di dalam dan luar negara.

“Setakat ini sebanyak enam PPK di bawah jagaan LPP negeri, sebuah persatuan peladang negeri dan dijangka dua lagi PPK di Titi Tinggi dan Padang Siding akan menyertai projek ini tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: harumanisPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd