• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Mohon Bonus Diberi 15 Disember Ini

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini memohon kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember ini, dan bukannya pada Januari depan.

Presidennya Azih Musa berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.

“Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Dis untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan.

Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

Mengulas lanjut, Azih berkata pembayaran bonus itu akan dibuat secara sekaligus dan bakal dinikmati penjawat awam merangkumi semua gred termasuk Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa).

Seorang penjawat awam, Rozalina Ayob, 45, berkata beliau berharap pemberian bonus itu diawalkan kerana ia akan membantu beliau membeli kelengkapan persekolahan dan membayar yuran sekolah untuk tiga anaknya.

“Kos pembelian keperluan persekolahan agak tinggi. Jadi, dengan adanya bonus memang banyak membantu.

“Tetapi kalau diberi pada Januari, agak terlewat kerana sesi persekolahan sudah mula. Nak tunggu gaji hujung bulan masih lambat, jadi seeloknya bonus diberi sebelum sesi baharu sekolah bermula,” katanya. – BERNAMA

Tags: BonusCuepacs
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd