• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: Kerajaan Selangor Kaji Kualiti Air Mentah Dari Pahang

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor sedang mengkaji tahap kualiti air yang dibeli daripada negeri Pahang berikutan dikhuatiri dicemari bauksit, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata langkah berkenaan dilaksanakan bagi memastikan kos merawat air mentah yang mungkin tercemar itu tidak akan membebankan rakyat negeri ini.

“Perjanjian pembelian air mentah dari Pahang yang dibuat pentadbiran negeri sebelum ini menjanjikan kualiti air yang baik dan selamat bagi rakyat di sini.

“Disebabkan itu kami mahu kaji semula kualiti bahan mentah tersebut dan jika ia mencapai tahap pencemaran berbahaya, ia pasti memerlukan kos rawatan yang besar dan tinggi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri upacara menanam 13,000 pokok oleh 850 sukarelawan bersempena pembukaan cawangan baharu pusat beli-belah Aeon di Seksyen 13, di sini.

Menurutnya, kajian selama dua bulan itu untuk menentukan tindakan selanjutnya sama ada pembayaran 10 sen bagi setiap meter padu air yang dibeli masih relevan dengan kualiti yang ditawarkan kerajaan Pahang.

Mohamed Azmin berkata jumlah bekalan air mentah yang dibeli setakat ini belum mencapai kadar maksimum dan ia disalurkan ke Loji Rawatan Air Langat 2 bagi proses rawatan.

Bagaimanapun katanya, jumlah bekalan air yang rendah itu juga sesuai dengan kadar pengoperasian loji berkenaan yang masih belum siap sepenuhnya sebelum menyalurkannya kepada rakyat.

“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri memastikan kualiti air yang dibeli itu selamat untuk digunakan oleh rakyat di sini,” katanya.

Tambahnya, kajian tersebut juga dibuat sebagai langkah untuk memastikan bekalan air terawat di Selangor sentiasa mencukupi bagi menghadapi fenomena El Nino yang dijangka berlarutan sehingga September depan.

Sejak tahun lepas, kerajaan Selangor meneruskan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PAMPS) dengan menerima air mentah sebanyak 500 juta liter sehari (JLH) daripada Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat.

Mengulas mengenai peningkatan kes denggi di Selangor, Mohamed Azmin berkata pihaknya sedang melaksanakan langkah bersepadu dengan pelbagai pihak bagi membendung penularan penyakit tersebut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1jLbbKB8xUg[/wpdevart_youtube]

Tags: Azmin Alibauksit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd