TAIPING – Sebanyak 35 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada penunggang motosikal dalam 0perasi Cegah Lumba Haram di Kampung Cheh, Bukit Gantang di sini semalam.
Jurucakap polis berkata bertindak atas maklumat dan risikan, polis menjalankan operasi selama tiga jam bermula pukul 5 petang.
Katanya sebuah motosikal jenis Modenas Kriss turut disita dalam operasi itu.
“Operasi diadakan dari semasa ke semasa dalam usaha polis membanteras lumba haram di daerah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]nQ1YNwGNNWY[/wpdevart_youtube]

