• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Universiti Perlu Perkasa Bidang Pengajian Melayu

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim menyarankan institusi pengajian tinggi memperkasakan bidang pengajian Melayu bagi memastikan kesinambungan sejarah, budaya dan warisan bangsa tidak luput bersama peredaran masa.

Beliau yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata masyarakat ketika ini dilihat lebih cenderung dipengaruhi elemen baharu yang dibawa media sosial berbanding mencari atau mengkaji warisan yang telah hilang akibat budaya moden itu.

“Kita kena ingat, perjuangan atau pengajian mengenai warisan, budaya dan sejarah Melayu sangat penting kerana melaluinya ada sesuatu yang boleh dipelajari,” katanya semasa berucap merasmikan Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia (PKPRCSWKM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau turut melancarkan Buku Ceritera Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Merentas Zaman tulisan penasihat khas pertubuhan itu Prof Datuk Dr Ramlah Adam yang juga Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Hadir sama Yang Dipertua PKPRCSWKM Tengku Fadzillah Hussin.

Rais juga berharap PKPRCSWKM akan memainkan peranan penting dalam mengekalkan sejarah dan tradisi Melayu, khususnya yang membabitkan warisan negeri Kelantan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-2_OfUkmEx8[/wpdevart_youtube]

Tags: Rais Yatim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd