• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Rampas Dadah Bernilai RM11,000

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka menahan dua lelaki dan merampas 60 biji pil eramin 5 serta dadah syabu bernilai RM11,000 di Taman Bertam Indah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata lelaki berusia 27 tahun yang merupakan penjawat dan penganggur berusia 33 tahun itu ditahan selepas dikejar polis sejauh tiga kilometer di Lebuhraya Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh kira-kira 10.30 pagi.

Beliau memberitahu media di sini kereta peronda polis sebelum itu mengesan sebuah Perodua Viva dalam keadaan mencurigakan dan meminta pemandunya memberhentikan kereta, namun pemandu itu memecut menuju ke Taman Bertam Jaya.

“Anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berada di lokasi berhampiran membantu dan cuba menahan kereta itu di Taman Bertam Indah, namun pemandu itu enggan berhenti lalu melanggar anggota URB,” katanya.

Akibat pelanggaran itu, Shaikh Abdul Adzis berkata anggota polis URB terbabit cedera ringan.

Beliau berkata kedua-dua suspek itu dipercayai bergerak aktif mengedar dadah di kawasan Sungai Udang sejak sebulan lepas.

“Hasil semakan saringan kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamin manakala seorang daripada suspek didapati memiliki rekod jenayah lampau.

“Kami turut merampas alat penimbang dadah, peralatan menghisap dadah dan telefon bimbit,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadahMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd