• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Suami Isteri Diberkas Bersama 1.15j Batang Rokok Seludup

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu berjaya mematahkan cubaan menyeludup 1.15 juta batang rokok bernilai RM828,920.

Ia ekoran tertangkapnya sepasang suami isteri dalam satu serbuan di Plaza Tol Gemuruh, di sini, Selasa lalu.

Pengarah Kastam Terengganu Datuk Hamzah Sundang berkata pasangan yang menaiki sebuah lori dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terenganu itu dikesan di plaza tol berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam.

Katanya ketika ditahan pemandu lori berkenaan enggan memberhentikan kenderaannya dan pihak Kastam terpaksa mengejar kira-kira 40 minit sebelum berjaya ditahan di kawasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

“Pihak kami cuba menahan dengan memberi isyarat namun mereka enggan berhenti sehingga tiba di IPK dan hasil pemeriksaan di dalam lori tersebut kita menemui 115 kotak rokok.

“Kedua-dua mereka yang berusia dalam lingkungan 30-an itu gagal membuktikan rokok tersebut telah lulus Kastam dan tiada sebarang dokumen yang dikemukakan sebagai bukti rokok ia telah diimport secara sah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya hasil siasatan yang dijalankan mendapati rokok ini ialah kontraban yang tidak memenuhi spesifikasi rokok yang dibenarkan untuk pasaran tempatan.

Beliau tidak menolak kemungkinan kegiatan penyeludupan rokok ini berlaku ekoran kenaikan harga rokok dan pihaknya akan melakukan pelbagai usaha bagi membanteras kegiatan penyeludapan ini dengan lebih berkesan.

Kedua-dua suspek direman selama enam hari untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 116 C Akta Kastam 1967.

“Kita sentiasa mengekang masalah ini walaupun Terengganu bukan pasaran luas tetapi masih ada kegiatan seperti ini,” katanya.

Justeru itu pihaknya memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyeludupan rokok dapat memaklumkan kepada pihaknya dalam usaha membanteras aktiviti haram tersebut.

Orang ramai yang mempuyai maklumat berhubung kegiatan ini boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM Terengganu melalui talian 09-6225674 atau 09-8681360 atau di talian bebas tol 1-300-888-500. – BERNAMA

Tags: RokokSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd