• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhutanan Terengganu Bongkar Penebangan Haram Balak

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perhutanan Terengganu berjaya membongkar kegiatan penebangan haram balak yang dilakukan di hutan simpan serta merampas pelbagai jentera dan kayu bernilai kira-kira RM2 Juta, Selasa lalu.

Pengarahnya Datuk Azmi Nordin berkata dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi di Hutan Simpan Cherul, Kemaman itu pihaknya turut menyita sebanyak 12 buah jentera yang digunakan dalam kegiatan terbabit.

Katanya dalam serbuan yang dilakukan lima anggota itu pihaknya mendapati kira-kira lima ekar kawasan hutan milik sebuah koperasi telah ditebang oleh kontraktor yang dilantik biarpun tanpa lesen kebenaran menebang.

“Ketika serbuan terdapat 12 pekerja sedang menjalankan kerja-kerja penebangan dan cuba menghalang pihak kami melakukan tangkapan namun kita telah membuat laporan polis kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Bagaimanapun kita berjaya merampas pelbagai jenis jentera berat bernilai kira-kira RM 1.5 Juta dan pelbagai jenis kayu seperti Meranti yang dianggarkan bernilai RM 500,000,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau pihaknya memandang serius tindakan kontraktor yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi melakukan kerja-kerja penebangan.

Beliau percaya kegiatan haram itu telah dilakukan sejak seminggu yang lepas dengan mengambil kesempatan menebang pokok di kawasan tersebut ekoran permintaan yang tinggi.

“Sekarang ini proses untuk mendapatkan lesen menebang telah dibuat pihak terbabit dan ia sedang dalam proses, tetapi secara rasminya mereka tidak boleh bertindak sedemikian,” katanya.

“Kita juga percaya kayu tersebut untuk edaran lebih meluas berikutan jentera berat yang digunakan dalam kerja-kerja tersebut dan ini merupakan rampasan terbesar pada tahun ini,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 81 (2) Akta Perhutanan Negara dan sekiranya gagal membayar kompaun akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Larangan Mengambil Hasil Hutan dan jika disabit kesalahan dikenakan penjara setahun dan denda RM500,000. – BERNAMA

Tags: PembalakanTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd