• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pelajar KUIS Sertai IS Lemah Akademik

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Syamimi Faiqah Sulaiman yang dipercayai telah berlepas ke Syria bagi menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) diberhentikan daripada kolej universiti tersebut pada 10 Jun tahun lalu.

Pejabat Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni KUIS memberitahu, Syamimi Faiqah yang merupakan pelajar Program Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah) Sesi II 2012/13 diberhentikan kerana gagal mencapai gred minimum dalam peperiksaan akhir.

“Syamimi Faiqah secara rasmi diberhentikan daripada KUIS melalui surat Bahagian Pengurusan Akademik KUIS pada 10 Jun 2013 kerana mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) kurang 2.00 selaras dengan Peraturan Akademik KUIS (Pindaan 2011) Seksyen 10 paragraf 10.2,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, KUIS memandang serius penglibatan pelajarnya dalam aktiviti yang tidak diiktiraf oleh Islam dan kerajaan Malaysia.

“Jika mahasiswa KUIS didapati terlibat dengan perkara seumpamanya, KUIS akan bertindak memberhentikan mahasiswa terbabit serta merta,” kata kenyataan itu.

Media hari ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang bekas pelajar KUIS dipercayai telah berlepas ke Syria pada 4 Oktober lalu bagi menyertai gerakan IS. – mynewshub.cc

 

Tags: KUISpelajar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd