• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: 4 Individu Ditahan Reman 4 Hari Bantu Siasatan Kes

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah reman selama empat hari untuk menahan reman empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang.

Majistret Eric Lau mengeluarkan perintah reman itu terhadap empat individu termasuk seorang wanita yang dikatakan seorang pekerja di sebuah syarikat perlombongan, bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Tiga individu lain adalah seorang ahli perniagaan yang juga merupakan bekas pegawai kanan di Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang, seorang peguam dan seorang pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang.

Mereka berusia antara 34 tahun sehingga 42 tahun ditahan semalam di ibu negara dan di Kuantan, Pahang.

Menurut peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili ahli perniagaan dan peguam itu, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM berhubung dakwaan menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu.

Turut mewakili ahli perniagaan dan peguam itu ialah peguam Muhammad Hisham Abdul Rahim manakala yang lain tidak diwakili peguam.

Mereka yang berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan digari dibawa ke mahkamah lebih kurang pada pukul 9.30 pagi. – BERNAMA

Tags: bauksitSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd