• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Negeri Diminta Pantau Ahli Terlibat Pasma

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Syura Ulama PAS meminta badan perhubungan negeri parti itu di seluruh negara memantau aktiviti ahli mereka yang terlibat dalam aktiviti Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh berkata, Badan Perhubungan Negeri PAS diminta membuat laporan bertulis kepada Majlis Syura Ulama PAS jika mendapati ada ahli mereka menyertai program Pasma.

“Majlis Syura Ulama PAS memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti Pasma.

“Kawasan-kawasan dan badan perhubungan negeri dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama PAS sekiranya tindak-tanduk seumpama itu juga berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Muhammad Zawawi dalam pada itu mengingatkan semua ahli PAS tentang rancangan pihak luar yang bergerak aktif menerusi pelbagai medium untuk melemahkan gerakan Islam dalam parti PAS.

Menurutnya, pihak tersebut berhasrat membuang label politik Islam daripada parti-parti Islam dan menjadikan parti Islam hanya memperjuangkan politik tanpa dakwah dan mengenepikan perjuangan menegakkan syariat Islam yang luas merangkumi ekonomi, sosial, kebajikan dan undang-undang jenayah kepada cuma isu kebajikan yang sempit. – mynewshub.cc

 

Tags: PASPASMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd