• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantah TPPA: Polis Belum Terima Notis Lengkap

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis masih belum menerima notis lengkap daripada penganjur perhimpunan Bantah Perjanjian Trans-Pasifik Asia (TPPA) yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata pihaknya menerima pemohonan daripada penganjur yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan pada 12 Jan lepas, namun ia tidak dapat diproses kerana permohonan mereka tidak disertakan surat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Sehingga kini, pihak penganjur belum tampil untuk mengemukakan permohonan baharu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Justeru, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dilarang membawa kanak-kanak pada perhimpunan yang dirancang itu.

“Kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang cuba melanggar akta itu,” katanya.

Zainol turut menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan barangan peribadi di kawasan terbuka dengan sengaja sehingga menimbulkan keraguan dan panik kepada masyarakat.

“Tindakan ini mampu mencetuskan perasaan panik kepada orang lain kerana menganggap ia barangan berbahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian pada Ahad lepas melibatkan Unit Pemusnah Bom, dikejarkan ke sebuah pusat beli-belah terkemuka di pusat bandar apabila dua beg galas yang mencurigakan ditinggalkan di bawah sebuah kerusi di pusat beli-belah berkenaan.

Hasil pemeriksaan, beg terbabit yang berisi pakaian telah ditinggalkan oleh dua pelancong warga Korea yang membeli-belah di situ. – BERNAMA

Tags: polisTPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd