• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Anwar Cadang Kes Saman KJ Diselesai Secara Mediasi

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan cadangan kepada Mahkamah Tinggi supaya kes saman fitnah anak guamnya terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin diselesaikan secara mediasi.

Peguam J. Leela berkata beliau mencadangkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman S. Nantha Balan supaya kedua-dua pihak menyelesaikannya secara mediasi memandangkan kes tersebut telah berlarutan hampir lapan tahun.

“Saya telah mencadangkan kepada mahkamah untuk usaha mediasi dan mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk mengetahui hasil perbincangan berhubung mediasi itu,” katanya kepada pemberita selepas menemui Nantha di dalam kamar Selasa.

Leela berkata mahkamah juga menetapkan tiga hari iaitu 7, 8 dan 9 Mac tahun ini bagi perbicaraan kes saman tersebut.

Pada 7 Mac, 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Khairy yang ketika itu naib ketua Pemuda UMNO telah memfitnahnya dalam satu ucapan di Lembah Pantai pada 20 Feb, 2008.

Anwar mendakwa bahawa klip video ucapan defendan bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ juga disebarkan dalam laman sesawang termasuk Malaysiakini.com.

Khairy dalam kenyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Pada 6 April tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy untuk meminda kenyataan pembelaannya untuk memasukkan dapatan khusus penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 2 Sept, 2004 dalam kes liwat pertama dihadapi Anwar.

Mahkamah Tinggi pada 9 Okt, 2013, menolak permohonan Khairy untuk meminda kenyataan pembelaannya dalam saman fitnah itu. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd