• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 2 Bulan Hidap Penyakit Kronik Perlu Bantuan

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang bayi perempuan berusia dua bulan menghidap pelbagai penyakit kronik, memerlukan bantuan orang ramai untuk membiayai kos perubatan yang mencecah RM1,000 sebulan.

Dhia Aisyah Mohamad Faizal dari Kampung Kuala Kangkong dekat sini dikesan menghidap penyakit saraf, buah pinggang, usus, pundi kencing dan kecacatan kaki sejak dilahirkan pada Oktober tahun lepas.

Ibunya, Fazuana Hoda, 33, berkata ketika bayinya berusia tiga hari, doktor terpaksa membuat pemeriksaan dan pembedahan bagi mengetahui jantina bayinya yang sukar dikenal pasti berikutan kedudukan usus dan pundi kencing berada di bahagian luar badan.

“Sepanjang 45 hari berada di hospital, dia menjalani pembedahan menebuk perut bagi membolehkan beg membuang air besar dipasang kerana tidak mempunyai lubang dubur. Tiub terpaksa dipasang di bahagian badan bagi membolehkan anak saya membuang air kecil.

“Sekarang, kami berulang-alik ke hospital membuat pemeriksaan. Pembedahan membetulkan saraf tunjang hanya boleh dibuat apabila bayi saya berusia dua tahun ke atas. Sekiranya dilakukan sekarang risikonya tinggi hingga boleh menyebabkan kematian, lumpuh dan kecacatan otak,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Bapa bayi itu, Mohamad Faizal Ahmad berkata pembedahan membetulkan saraf tunjang anaknya itu perlu dilakukan memandangkan ia boleh menyebabkan kepala anaknya membesar akibat cecair di dalam badannya.

“Selepas buat pembedahan saraf nanti kami akan lihat perkembangannya. Jika sihat, doktor boleh menjalankan pembedahan di bahagian kaki kirinya yang tidak sempurna dan memasang kaki palsu manakala kaki kanannya yang disimen sekarang akibat bengkok dijangka dapat dibetulkan semula,” katanya.

Mohamad Faizal, yang sebelum ini bekerja dalam bidang pendawaian, terpaksa berhenti kerja bagi membantu isterinya menjaga bayi mereka kerana kesukaran menguruskan anak seorang diri yang memerlukan penjagaan rapi.

“Saya mampu mendapat RM1,800 sekiranya bekerja manakala isteri yang bekerja sebagai kerani di Pulau Langkawi dengan gaji sebanyak RM900 sebulan juga terpaksa berhenti kerja dan pulang menetap di sini bagi menjaga anak sepenuh masa.

“Sekarang memang kami tiada sumber pendapatan tetap. Sebulan kami memerlukan kira-kira RM1,000 untuk membeli susu khas, lampin pakai buang, beg membuang air besar dan menampung kos membawa anak ke hospital,” kata bapa berusia 37 tahun itu.

Orang ramai ingin membantu keluarga itu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank milik Mohamad Faizal Ahmad (152170160691) atau menghubunginya di talian 013-4016819.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]XmklSYBZ7KQ[/wpdevart_youtube]

Tags: bayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd