• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sheikh Muszaphar Cari Pelajar Berpotensi

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkawasan pertama Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sedang mencari lima pelajar berpotensi untuk menyertai program ‘Cabaran Angkasawan Muda’ bagi mencetus minat generasi muda menceburi bidang sains.

Sheikh Muszaphar berkata program itu yang akan dilancarkan pada Mac, menyediakan peluang kepada pelajar terpilih untuk melawat Pusat Penyelidikan Saintifik dan Latihan Angkasawan Ujian Negara Yuri Gagarin (GCTC) di Star City, Rusia, menjelang hujung tahun ini.

“Program itu akan memilih pelajar terbaik dari seluruh Malaysia yang mempunyai sifat dan sikap menjadi seorang angkasawan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas upacara penyerahan pakaian angkasa SOKOL di sini hari ini.

Dengan harapan dapat bekerjsama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta penaja lain, Sheikh Muszaphar berkata cabaran itu bertujuan menguji kemampuan mental, fizikal dan psikologi pelajar dalam mendapatkan calon terbaik.

Dalam pada itu, Sheikh Muszaphar berkata upacara penyerahan pakaian SOKOL itu oleh Angkawasan Rusia Salizhan Sharipov, merupakan detik-detik emosional buat beliau ekoran perjalanannya yang bersejarah ke Soyuz TMA-11, sembilan tahun lepas.

Beliau berharap pakaian itu yang beratnya kira-kira 9.5 kilogram dan dibeli menerusi kolaborasi dengan Aladdin Group dapat mencetuskan idea dan inspirasi pada rakyat Malaysia, terutama generasi muda.

“Saya membina ikatan persahabatan yang cukup erat dengan rakan-rakan Angkasawan saya di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

“Namun pakaian angkasa SOKOL yang telah melindungi diri saya lebih dekat di hati dari ikatan persahabatan itu.

“Pakaian itu yang dicipta khusus untuk saya dibentuk di bumi dan dimeteri dalam lompangan ruang angkasa, segalanya disaksikan bintang-bintang,” kata beliau.

Pakaian angkasa itu akan dipamerkan di Menara MBMR di sini, sebelum dibawa dalam penjelajahan ke seluruh negara pada Februari, bermula di Negri Sembilan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]sz-aZ_mqVxs[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd