• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Hilang Ditemui Lemas Selepas Dipanah Petir

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang nelayan terjatuh ke dalam laut selepas dipercayai dipanah petir berhampiran Rumah Api Sungai Ayam, Senggarang dekat Batu Pahat, ditemui lemas hari ini.

Ketua Penguatkuasa Maritim Pangkalan Maritim Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata mangsa Ng Young Ching, 21, ditemui oleh pasukan gerakan mencari dan menyelamat kira-kira 4.50 petang tadi.

“Mayat Young Ching ditemui kira-kira 1.5 batu nautika dari tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke jeti Sungai Ayam untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, Young Ching, dilaporkan hilang apabila dipercayai dipanah petir dan jatuh ke dalam laut ketika dalam perjalanan pulang ke Pangkalan Nelayan Sungai Ayam selepas menjaring ikan berikutan hujan lebat disusuli angin kencang serta ribut petir.

Selepas dentuman kilat, rakan Young Ching yang juga saksi kejadian, Go Swee Heng, 37, yang menaiki bot berasingan hanya melihat bot Young Ching terapung-apung tanpa kelibat mangsa.

Swee Heng kemudian membawa bot itu ke pangkalan dan memaklumkan kejadian kepada bapa Young Ching, Ng Ban Swee, 59, sebelum Ban Swee melaporkan kepada pihak berkuasa. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]dT41dq2bPWs[/wpdevart_youtube]

Tags: mati lemasNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd